Kamis, 27 Januari 2011

Sejarah Palestine

Isu palestin adalah isu umat, bukan sekadar isu bangsa atau negara. Malangnya, isu ini sekejap timbul sekejap tenggelam. Seolah-olah melambangkan keadaan umat yang sedang terumbang-ambing.

Suatu ketika, isu Palestin menjadi hangat di tanah air kita sebelum ia dilupakan kembali. Media mencanang isu ini hampir setiap hari. Apabila ditanya pendapat orang awam, ramai sekali berkata, “Kita perlu ambil ikhtibar dan bersyukur kerana negara kita aman.”

Saya kurang berpuas hati dengan respon begitu. Saya ingin sekali bertanya kembali, “Apakah mereka sedar isu Palestin kini menjadi petunjuk kegagalan umat yang sangat dahsyat?”

Ia adalah kegagalan kita mempertahankan maru'ah agama. Kegagalan kita bersatu atas dasar ukhuwwah Islamiyyah dan segala macam lagi kegagalan. Pendek kata isu Palestin kini adalah tentang kegagalan kita.

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara” (al-Hujurat:10)

“Seorang mu'min bagi mu'min yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya.” (Muttafaq alayh)

Lebih penting lagi ia turut melibatkan persoalan iman. Kepedulian terhadap isu Palestin dan keadaan umat Islam di seluruh dunya sebenarnya mencerminkan iman di dalam dada.

“Sesiapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim).” (HR. Thabrani)

“Perumpamaan orang-orang beriman, dalam saling mencintai, saling menyantuni sesama mereka adalah laksana satu kesatuan tubuh. Apabila satu bagian dari tubuh itu menderita sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasakannya.” (HR. Muslim)

“Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga beriman dan kamu tidak beriman hingga kamu saling mencintai.” (HR. Muslim)

Ringkasan Sejarah Palestin

Permulaan Sejarah

Sejarah Palestin telah bermula sejak zaman nabi Ibrahim Alayhissallaam lagi. Nabi Musa Alayhissallaam dan bani Israel mula mendiami tanah Palestin setelah dikejar oleh Fira'un dan bala tenteranya di Mesir.

Dalam surah al Baqarah, kita boleh membaca kisah Talut dan Jalut yang berlaku selepas kewafatan Nabi Musa. Selepas Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin diteruskan oleh nabi Daud Alayhissallaam sebelum diambil alih oleh nabi Sulaiman Alayhissallaam

Selepas itu, tanah Palestin dijajah oleh kerajaan Rom dan bani Israel yang kebanyakan telah kafir diusir. Kemudian, nabi Isa Alayhissallaam diutus. Setelah berlalunya masa, ajaran nabi Isa telah dipesong sebelum dipesongkan lagi oleh St. Paul dan sekutunya sehingga dikenali hari ini sebagai agama Kristian.

Selepas Zaman Nabi Muhammad Shallallahu 'alayhi Wa Sallaam

Selepas kewafatan nabi Muhammad Shallallahu 'alyhi Wa Sallaam pada 632 M, kerajaan Islam semakin berkembang dan tanah Palestin berjaya dibebaskan daripada kerajaan Rom. Namun sekitar 1000 M, tentera Salib telah menawan semula tanah Palestin dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Keaadaan kekal sehingga muncul Salahuddin Al Ayyubi. Beliau menyatukan bangsa Arab yang ketika itu berpecah-belah, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya dibebaskan.
Sejak itu Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Kerajaan Islam berkembang luas sehinggalah pada era kerajaan Turki Uthmaniyyah yang mula mengalami kejatuhan pada abad ke- 19.

Abad 20

Selepas tercetusnya Perang Dunia Pertama, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang bertubi-tubi oleh pakatan Britain-Perancis-Rusia. Kerajaan Turki Uthmaniyyah mula porak-peranda ditambah lagi masalah dalaman yang semakin meruncing. Pada tahun 1918, Britain menakluki Istanbul yang merupakan pusat pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Akhirnya pada tahun 1919 M, Perang Dunia Pertama tamat. Kerajaan Turki Uthmaniyyah kehilangan kawasan-kawasan naungannya, termasuklah tanah Palestin. British dan Perancis mula menjajah tanah-tanah umat Islam lain. Ketika inilah wujudnya negara bangsa apabila sempadan-sempadan negara diwujudkan memisahkan sempadan agama.

Pada tahun 1922 M, sebuah satu persidangan diadakan dan telah membuat beberapa tuntutan antaranya sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Pada 3 Marc 1924M, sistem khalifah ditamatkan secara rasmi.

Pada tahun 1948M, Britain berundur dari Palestin akibat kerugian yang besar dalam Perang Dunia Kedua. Dalam Perang ini, Pemerintah Jerman ketika itu, Adolf Hitler melaksanakan dasar penghapusan etnik yang mengakibatkan ramai Yahudi Eropah terbunuh.

Amerika Serikat telah memainkan peranan penting dalam penubuhan negara haram Israel. Pada 16 Mei 1948M, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin dengan sokongan PBB. Presiden Amerika ketika itu, Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.

Ketika itu, semakin ramai Yahudi berpindah ke Amerika kerana dasar luar negara itu yang membuka pintu kepada mereka. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang sehingga menguasai ekonomi dan pentadbiran Amerika sekarang.

Palestin Sekarang

Hari ini Israel begitu merajalela membunuh umat Islam di Palestin dalam usaha untuk meluaskan sempadan negara harramnya. Keadaan bertambah buruk apabila umat Islam lain hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa melainkan sedikit.

Selepas kerajaan Khalifah Islam ditumbang musuh, tiada lagi kerajaan yang benar-benar berupaya menyokong Palestin. Negara-negara Islam lain terus tunduk dan akur dengan kekuasaan Israel yang didokong Amerika dan sekutunya.

Situasi di Palestin telah mencapai tahap kritikal terutamanya di Semenanjung Gaza. Mereka terkurung dalam penjara besar yang dikelilingi tembok-tembok raksasa. Segala-galanya disekat. Keadaan yang sukar digambar dengan kata-kata. Baca dan tengoklah sendiri keadaan mereka.

Tanggungjawab Kita

Saya ingin kita berfikir bersama-sama tentang peranan kita. Adakah cukup kita hanya bersimpati kepada saudara kita di Palestin? Sungguh, ia langsung tidak membantu.

Siapa dan bagaimana pun keadaan kita, sebagai seorang Islam kita perlu berbuat sesuatu. Ini tanggungjawab kita. Mungkin kita boleh bersikap lepas tangan sekarang, tetapi bagaimana keadaannya ketika saudara kita di Palestin membuat tuntutan di akhirat kelak? Adakah alasan-alasan kita sekarang diterima ketika itu?

Apa yang penting adalah kesedaran. Dengan kesedaran itu akan wujud dorongan untuk berbuat sesuatu. Tunaikan tanggungjawab kita semampu mungkin dengan sekurang-kurangnya:

1. Mendoakan kemenangan dan kesejahteraan umat Islam.
2. Memboikot produk keluaran musuh-musuh Islam.
3. Menyumbang masa, harta dan tenaga kepada umat Islam.
4. Berusaha mendalami Islam supaya tidak tertipu dengan tipu-daya musuh-musuh Islam.
5. Berusaha bersatu dan mengelakkan perpecahan dalam masyarakat Islam.
6. Mengambil cakna isu-isu yang melanda umat Islam.

Sebenarnya masih banyak cara lagi. Tepuk dada tanyalah iman. Pasti akan berjumpa jawapannya.

Wallahua’lam

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar